Perutusan Maulidur Rasul dari YDP Kawasan.

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirahim. Salawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat yang tidak jemu-jemu perjuangkan syiar-syiar Islam di muka bumi Allah ini.

Sempena dengan Maulidur Rasul 1431 H ini, pihak PAS kawasan Putatan menyeru kepada semua umat Islam agar mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W , dari segi sifat peribadi beliau, hubungan beliau dengan masyarakat dan hubungan beliau dengan masyarakat antarabangsa.Rasulullah juga telah berjaya mentadbir masyarakat majmuk arab pada ketika itu bilamana Islam dimartabatkan.
Maka acuan yang dibina oleh Rasulullah S.A.W mesti diguna pakai untuk menjamin kesejahteraan umat manusia di bumi Allah ini.

Pihak PAS kawasan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H.Marilah bersama-sama mencontohi akhlak Rasulullah dan mengamalkan sunnah-sunnahnya.

YDP PAS KAWASAN PUTATAN
1431 H



No comments:

Post a Comment