ISU – ISU NEGARA 9 MAC 2010

NEW ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

Dewan Perniagaan Melayu PP membantah kerajaan negeri membina sebuah Pusat Konvensyen Antarabangsa di Pulau Pinang kerana ia membazirkan duit rakyat

Berita Harian

Politik

TPM berkata keberkesanan pembangkang mentadbir beberapa negeri selama dua tahun dipersoalkan pelbagai pihak jika dibandingkan dengan pentadbiran PM

Malaysiakini

Ekonomi

PERKASA membantah tindakan Perdana Menteri untuk memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang berasaskan kepada pasaran bebas kerana ia boleh menjejaskan orang Melayu. Walaubagaimanapun Ibrahim Ali menyokong sekiranya kerajaan melakukan beberapa pengawalan dan tindakan yang tegas terhadap pelaksanaannya.

Malaysiakini

Politik

PM berkata bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan tidak perlu kerana ia akan mengundang lebih banyak politiking. PM respon terhadap tindakan Pulau Pinang dan Selangor yang bersedia untuk melaksanakan pilihanraya tersebut dan telah menghantar surat kepada SPR beberapa hari lalu

CURRENT ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

MEB yang akan dilancarkan pada 30 dan 31 Mac 2010 akan memastikan bahawa hak kesamarataan semua kaum akan dijaga disamping berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia

Harakahdaily

Politik

Para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyelar tindakan pihak polis dan FRU menyerbu dan menghalang perhimpunan rakyat yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru malam semalam. Ia jelas mencabul hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Piagam PBB

Harakahdaily

Politik

GERAK menyifatkan ahli-ahli Parlimen lomnpat parti merosakkan sistem demokrasi dan menggesa SPRM menyiasat mereka kerana dibimbangi ia dikaitkan dengan rasuah politik berjuta ringgit. Dalam masa yang sama GERAK turut mempelawa mereka untuk bersama-sama dengannya untuk memperjuangkan anti korupsi dan menegakkan integriti di Malaysia.


EVERGREEN ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bekas PM Tun Dr Mahathir mempunyai kuasa dan mematuhi Perlembagaan ketika memecat DSAI

Berita Harian

Politik

Sultan Pahang bertitah bahawa baginda akan meneliti hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika sebelum membuat apa-apa keputusan

Berita Harian

Politik

Seramai 72 pegawai awam yang telah dan akan dikenakan tindakan termasuk yang sudah bersara serta 23 syarikat awam dan swasta yang didapati cuai atau sengaja melanggar peraturan dan prosedur dalam pengurusan wang awam seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara 2008.

Berita Harian

Sosial

Polis Kuala Lumpur bercadang mewujudkan 47 balai polis berbanding 18 yang sedia ada dalam mempertingkatkan usaha memerangi jenayah di lokasi-lokasi panas.

POLICY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

KDN akan mewujudkan pangkalan data nasional untuk memantau pergerakan warga asing untuk mengawal kemasukan dan kegiatan-kegiatan mereka

RESERVED ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Sosial

PM menyarankan kepada sektor korporat supaya dapat memberikan ganjaran kepada pekerja-pekerja mereka yang banyak terlibat dengan kerja-kerja CSR

Berita Harian

Sosial

NUTP menyokong cadangan yang dikemukakan oleh KPM untuk mewajibkan guru-guru baru berkhidmat di luar bandar dan di pedalaman dan memberikan keizinan kepada mereka untuk berpindah setelah 3 hingga 5 tahun berkhidmat di kawasan tersebut. Justeru, sistem giliran perlu dirumus dengan tepat oleh KPM

Berita Harian

Ekonomi

Kerajaan bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi membantu pemohon-pemohon Skim TEKUN untuk memulakan perniagaan.

Berita Harian

Ekonomi

Bank-bank tempatan menaikkan kadar Pinjaman Asas (BLR) 0.25% sejajar dengan kenaikan yang dilakukan oleh BNM

PR VS BN ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Malaysiakini

Politik

Pakatan Rakyat Perak meletakkan dua syarat untuk menghadiri sidang DUN Perak hujung bulan ini. Pertama ialah Speaker Perak yang dilantik oleh BN iaitu R.Ganesan mestilah mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai speaker. Ganesan juga perlu meletakkan jawatan sebagai peguam profesional dalam tempoh 90 hari. Kegagalan melakukan demikian boleh menyebabkan Ganesan hilang kelayakan untuk menguruskan sidang dewan. Kedua, sekiranya Ganesan gagal berbuat demikian, maka Zambry mestilah membenarkan speaker sebenar yang sah V.Sivakumar untuk menguruskan sidang tersebut dengan penuh tanggungjawab dan hak sebagai seorang speaker.

INTER PARTY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU




INTRA PARTY ISSUES

SUMBER

DOMAIN

ISU

Berita Harian

Politik

Naib Presiden PAS menyatakan bahawa PAS tidak akan menerima kemasukan Zulkifli Noordin kerana ia akan mengundang lebih banyak keburukan dan mencalarkan imej parti

Malaysiakini

Politik

KP DPPP menyatakan bahawa Zulkifli Noordin bebas untuk memohon menyertai semula PAS kerana ia selaras dengan sikap keterbukaan parti. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh AJK PAS dari pelbagai aspek termasuk rekod prestasi, positif dan negatif untuk parti.

RECOMMENDED ISSUES

DOMAIN

ISU

Politik

Isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan

PAS belum memberikan sebarang respon berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Pulau Pinang dan Selangor untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri memberikan jawapan yang simplistik bahawa pilihanraya tersebut tidak perlu kerana ia akan menimbulkan lebih banyak politiking.

Isu Sidang DUN Perak

Sidang DUN Perak dijangka hangat pada hujung bulan ini selepas PR Perak mengemukakan dua syarat untuk dipenuhi oleh BN sebelum PR bersetuju untuk menyertai sidang dewan.

Corak Kepimpinan dan Pentadbiran PR

Segala pencapaian PR memerintah di lima buah negeri perlu dikompilasi dan diterangkan kepada rakyat supaya ia dapat dijadikan bahan dan agenda penerangan menjelang PRU 13

Ekonomi

Model Ekonomi Baru

Kerajaan dijangka sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai pendekatan MEB kerana ia akan dipersoal oleh pelbagai NGO Melayu-Islam kerana sistem pasaran bebas yang bakal dilaksanakan menjejaskan orang Melayu-Islam di Malaysia. MEB akan dilancarkan pada hujung bulan Mac dan butiran terperinci mengenainya akan dibentangkan pada bulan Jun 2010 bersama dengan pelancaran RMK 10

Sumbangan: Khairul Jadid

No comments:

Post a Comment