
Pada 30 October , pihak pemuda PAS kawasan telah menghantar wakil untuk menghadiri Ijtima Tarbawi Pemuda PAS peringkat Kebangsaan. Diterajui oleh Ketua Pemuda PAS Sabah Saudara Lahirul Latigu , kumpulan deligasi telah tiba di LCCT tepat pada pukul 915 Malam.
Memulakan perjalanan keesokannya dengan memandu dari Putrajaya menuju ke Rusila (tempat program). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Rombongan ini sempat menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari di bandar Kuantan bersama Ustaz Yusof Embong.Pihak rombongan telah sampai di Rusila setelah pukul 5 petang.
Disertai dengan rombongan lain dari seluruh negara, pihak rombongan berpeluang meningkatkan ilmu agama melalui penyampaian dari Tuan Guru Haji Hadi (Tafsir Surah Al Hujurat) dan lain-lain penceramah.Walaupun menempuhi kesukaran, namun pihak rombongan beranggapan bahawa itu semua adalah rencah dalam perjuangan ini.
Pihak rombongan juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini terutama AJK Pas Kawasan Putatan.
No comments:
Post a Comment