
2011: MASA UNTUK BERUBAH
Kota Kinabalu, Januari 2011 - 1 Januari 2011 merupakan satu titik bersejarah kepada PAS kawasan Putatan dengan pembukaan pejabat baru Kawasan di Kawasan Asia City.
Pada hari yang sama, telah diadakan satu gotong royong perdana yang menyaksikan penyertaan dari semua pihak termasuk ulama dan pemuda kawasan.Gotong royong yang disertai oleh lebih kurang 20 orang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Pelbagai kerja-kerja yang telah dirancangkan telah berjaya dilakukan dengan kerjasama semua pihak . Kemuncak aktiviti gotong royong perdana tersebut adalah dengan menaikkan mercu tanda PAS di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu ini. Dengan tersergamnya mercu tanda PAS di sini diharapkan semua pihak mengiatkakan lagi gerak kerja tarbiah dan siasah bagi memastikan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat di Sabah .
Pihak PAS Kawasan juga mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi membiayai kos pembelian dan operasi pejabat PAS Kawasan. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan seperti dibawah:
Nama Akaun: PAS KAWASAN PUTATAN
No Akaun: 1001 6010 0780 48
Bank : Bank Islam (BIMB)
Telefon: 0134086142 ( Bendahari)
Sekali lagi pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sekian . PAS for All.
No comments:
Post a Comment