PAS Putatan; Masa Untuk Berubah

Ahad,22 Januari - Berkat usaha dan komitmen dari semua warga kerja Pas Putatan, Pas Kawasan Putatan telah berjaya menganjurkan satu bengkel Plan Tindakan Strategik 2011. Bengkel yang telah diadakan di Pejabat PAS kawasan Putatan telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 50 orang peserta yg terdiri dari wakil- wakil ulama, wakil- wakil Nisa' dan Muslimat, guru-guru Pasti dan juga wakil pemuda.
Majlis dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas berkenaan bengkel pada hari tersebut oleh Naib YDP kawasan Putatan merangkap pengerusi untuk bengkel tersebut.Perserta-peserta kemudiannya dibahagikan mengikut kumpulan dan berdiskusi mencurahkan idea dalam perbincangan. Banyak idea-idea dan cadangan yang bernas yang telah dilontarkan bagi menacu perubahan dan meneruskan kesinambungan aktiviti tahun lepas. Bengkel kemudiannya diteruskan lagi dengan pembentangan oleh ketua-ketua dewan dan wakil-wakilnya.
Pihak penganjur melahirkan rasa berpuas hati diatas komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta bengkel. Disamping itu objektif yang hendak dicapai melalui bengkel itu telah berjaya mencapai sasarannya. Segala program yang bakal diatur akan InsyaAllah akan menjadi titik tolak kepada perubahan kepada penduduk sabah amnya dan penduduk Parlimen Putatan khususnya.
Bagi pihak penganjur dan seluruh warga kerja merakamkan ribuan terima kasik kepada semua peserta dari dewan ulama, dewan muslimat dan nisa' , guru-guru pasti dan dari dewn pemuda.sekian 2011 masa untuk berubah.

No comments:

Post a Comment