Kenyataan Media Selesaikan segera Masalah Banjir Di Kampung Bukau

 Kenyataan Media Selesaikan segera Masalah Banjir Di Kampung Bukau
 
Sebagai anak jati Kampung Bukau saya merasa terpanggil memberi respon terhadap laporan media
http://www.newsabahtimes.com. my/nstweb/fullstory/52827,
( Banjir kilat di Bukau ganggu perjalanan).
Saya ingin meluahkan rasa kesal terhadap banjir yang terlalu kerap melanda jalan utama Beaufort - Sipitang di sebelah persimpangan Kampung Bukau dan sekitarnya yang menyebabkan jalan terputus di samping memberikan kesan terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan sumber pendapatan di kalangan penduduk kampung.
 Banjir yang sudah terlalu kerap, tidak berkala malah terlalu mudah berlaku hanya disebabkan hujan lebat  sehingga terdapat persepsi di kalangan pengguna jalan raya beaufort-sipitang meletakkan laluan jalan Kampung Bukau sebagai laluan maut sekiranya berlaku hujan lebat kerana banjir akan menengelami jalan. Namun yang paling teruk terjejas ialah penduduk kampung Bukau di samping kampung sekitarnya iaitu Tambalang Along, Tunah Valley, Pulai Manang dan Lumadan akibat kerosakan harta benda dan tanaman di samping hilang sumber mata pencarian. Sekolah-sekolah, klinik terpaksa ditutup yang juga menyebabkan kerosakan harta benda dan kelengkapan institusi berkenaan. Malah terdapat juga keadaan yang rumah  terpaksa bergenang dengan air banjir hampir sepanjang tahun di sebabkan kekerapan banjir dan kesan air banjir tersebut yang tidak dapat dialirkan keluar. Keadaan ini amat dikesali memandangkan ia seolah-olah tiada berpenghujung. Walaupun terdapat peruntukan yang besar seperti Tembatan Banjir bagi lembaran Sungai Padas yang bernilai RM2 juta yang telah siap sepenuhnya tahun pertengahan 2010 di samping peruntukan bernilai RM6.8 juta tahun pada 2009 bagi melebarkan sungai Ulu Klias dan projek pencegahan banjir skim Saliran Limbawang, namun tiada secara khusus disebutkan projek untuk Sungai Bukau dan Sungai Api-api yang menjadi laluan utama air di kawasan ini. Keadaan parit dan sistem saliran yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan sering dengan mudah menyebabkannya melimpah sekiranya hujan yang berterusan di samping air yang bertakung yang menghasilkan bau busuk sekiranya tiada hujan. Keadaan ini amat memalukan. Apatahlagi laluan Kampung Bukau merupakan jalan utama ke pekan beaufort dan bandar-bandar lain yang menjadi laluan oleh pelancong-pelancong dari negara Brunei Darusssalam. Pelbagai janji telah ditabur khususnya oleh Yang Berhormat yang meminta penduduk bersabar untuk projek baru dapat dilaksanakakan. Masalahnya setiap kali berlaku hujan dan banjir setiap itulah penduduk menanggung kesangsaraan dan kepayahan sedangkan projek yang dinantikan seolah menanti bulan jatuh ke riba. Oleh itu saya berharap perlu ada jawapan dan penyelesaian konkrit. Nyatakan peruntukan dan tarikh secepat mungkin perlaksanaannya supaya kehidupan penduduk kampung tidak terus dihantui dengan masalah banjir yang tidak berpenghujung. Bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas juga perlu diberikan supaya dapat meringankan bebanan mereka. LAHIRUL LATIGUKetua Pemuda PAS SABAH

No comments:

Post a Comment