Sambutan Rumah Terbuka Dan Sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat Parlimen Putatan

Bertempat di Tanjung Aru, buat julung2 kalinya Pakatan Rakyat dan Pakatan Perubahan Sabah Parlimen Putatan telah mengadakan "double event" iaitu Majlis Terbuka Hari Raya Pakatan Rakyat dan Sambutan Hari Malaysia. Majlis yang berlangsung pada 16 September , pukul 2ptg hingga 5 petang menyaksikan kehadiran ramai pengundi-pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di sekitar Tanjung Aru. Majlis juga diceriakan lagi dengan kehadiran dif-dif terhormat iaitu YB Dato Haji Husam Musa, ADUN Salor merangkap Naib Presiden PAS,Datuk Mustafa Ali(Setiausaha Agung Pas),Yb Siti Zailah Mohd Yusoff (Parlimen Rantau Panjang)dan Saudara Aminudin Aling (PJ PAS Sabah).

No comments:

Post a Comment